Alhamdulillah, setelah 5 jam perjalanan kami. Tibalah kami di bumi Madinah. Apabila ustaz memberi pengunguman sahaja kami telah tiba di Madinah dan menyuruh kami berdoa, rasa hiba tiba-tiba hadir. Inilah tempat yang dinanti sekian lama untuk sampai. SubhanAllah akhirnya Allah memakbulkan jua cita-cita.
Turun sahaja kami dari bas, cuaca sejuk mula menyelubungi. Di bibir terasa kering dan di kulit terasa sejuk hingga ke tulang. Inilah air cond semula jadi yang Allah cipta tanpa perlu di bayar apa-apa. Tersangat dingin dan tersangat damai. SubhanAllah, semuanya indah..Saya menyapukan krim di bibir supaya memberi ketahanan kepada bibir supaya tidak pecah.
Kami terus turun dari bas menuju ke hotel. Kami menginap di hotel Al-Andalus. Kami menginap di hotel dengan Mak, Mak Cik Sham dan Tok (mak Mak Cik Sham). Sebelum subuh, ustaz menyuruh kami berkumpul di lobi hotel untuk bersama-sama ke Masjid Nabawi. Sementara menunggu sempat seorang Mak Cik berkata pada saya, "Untung kamu, muda-muda dah dapat pergi Umrah. Lepas ni mesti berkali-kali lagi kamu dapat pergi." saya hanya senyum dan mengaminkan dalam hati. Tak lupa, mak cik tu memesan, " Jangan lupa doa ringan jodoh".. baiklah makcik ;)
Kemudian, kami pun berjalan secara berjemaah ke masjid. Semua jalan mesti diingati takut-takut tersesat dapat kenal tempat-tempat sekitar hotel. Akhirnya tibalah kami ke hadapan masjid Nabawi. Nampak sahaja tiang-tiang masjid air mata kesyukuran terus jatuh melimpah-limpah. Syukurnya hati terpilih menjadi tetamu Rasulullah SAW. Selawat diucap berkali-kali.
Setelah solat subuh dan makan, kami semua jemaah wanita di bawa untuk menziarahi raudhah. Raudhah untuk wanita dibuka secara terhad dan mengikut masa tertentu. Jadi, memang kena sedaya upaya untuk ambil peluang memasuki Raudhah yang dikatakan tempat mustajabnya doa. Sebelum ke sana, ustaz memberikan taklimat serba ringkas mengenai raudhah. Memang masing-masing teruja. Sementara menunggu memasuki Raudhah. Tiba-tiba saya dan mak hendak ke tandas. Jadi, kami meninggalkan jemaah wanita lain yang sedang menunggu di dalam masjid. Takdir Allah, apabila keluar sahaja kami dari masjid, selipar kami telah hilang diambil orang. Puas saya mencari di merata pintu, namun tidak berjumpa. Pengajaran juga untuk berhati-hati meletak slipar di masjid. Kami terus juga meninggalkan masjid untuk ke tandas walaupun tanpa selipar. Setelah siap mengambil wudhu', masuk sahaja kami ke masjid semua rombongan kami tadi telah selamat masuk dan tiada lagi pintu dibuka untuk memasuki Raudhah. Allah, sedihnya dalam hati Allah sahaja yang tahu. Kami terus keluar dari masjid dan pulang ke hotel dengan hanya berstokin. Takut-takut juga tersesat kerana itu merupakan hari pertama kami di sana. Sesampainya berhampiran hotel, kami membeli sandal baru di situ.
Keesokan harinya, tarikh 21 Januari 2014 setelah solat subuh, semua jemaah di bawa untuk ziarah. Ziarah adalah sebenarnya antara yang menggembirakan semasa berada di Tanah Haram. Dapat lihat kesan-kesan sejarah daripada Rasul terdahulu :) Dan bas yang kami naiki adalah bad TRIO yang mana pemandunya adalah Indonesian. Tempat pertama yang kami singgah adalah Masjid Quba. Sebelum sampai ke sana, kami melalui perkuburan Baqi' yang terletaknya makam ahli keluarga dan sahabat Rasulullah SAW. Alhamdulillah, sempat kami memberi salam walaupun hanya dari atas bas. Bas terus berjalan hingga sampai kami ke Masjid Quba. Di dalam hadis ada menyebut sesiapa yang berwudhu' di rumahnya kemudian datang bersolat di masjid ini, pahalanya adalah seperti pahala umrah. Aminnn.. mudah-mudahan. Masuk sahaja masjid ini, ramai sangat manusia. Bersesak-sesak. Namun, dengan semangat tak putus asa, semua jemaah dapat juga masuk dan mendirikan 2 rakaat solat di sini. Air mata tumpah lagi mengenangkan dipilih Allah menjadi tetamu di antara masjidnya yang mempunyai sejarah kekasih Agung. Alhamdulillah.
Setelah selesai semua jemaah keluar dari masjid dan ada diantaranya yang sempat bershopping, kami pun meneruskan perjalanan ke Ladang Kurma. Sebenarnya, tak nampak sangat ladang kurmanya, sebab sampai je, terus nampak kedai kurma. Jadi, kami pun masuk dan membelidi situ. Harganya, boleh tahan berkali ganda mahal berbanding tempat lain.
Puas bershopping, bas membawa kami ke Jabal Uhud. Saya sangat teruja kalau ke Jabal-jabal ni.. Tapi, semasa di Mekah, kami hanya sempat ke Jabal Rahmah. Jabal Tsur dan Jabal Nur tak sempat kami lawati. Tak apalah. Semasa di Jabal Uhud, semua jemaah yang larat boleh mendaki ke atas sebahagian Jabal Uhud( tak silap saya dinamakan Jabal Ar-rumah). Tak tinggi sangat, nak naik ramai yang laju je tapi masa turun ramai la makcik-makcik yang gayat termasuklah mak.
Jabal Uhud ni mempunyai sejarahnya tersendiri. Jabal Uhud tempat pernah berlakunya peperangan Uhud. Jabal Uhud ni juga merupakan bukit yang dijanjikan syurga. InsyaAllah, mudah-mudahan berkat lawatan ni menjadi bukti di akhirat kelak bahawa kami pernah memijak tempat yang pernah membawa Islam ke suatu tahap yang lebih tinggi hingga hari ini kita semua dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Di atas bukit tersebut, ustaz menceritakan serba ringkas tentang peperangan Uhud ni. Entah saya ni tak fokus atau susah faham atau kurang dengar, maka cerita-cerita tersebut tak dapat dihadam. Kena membaca semula la ni :) Ustaz juga membacakan doa yang menyebabkan air mata kami jatuh lagi. Allah, mudah-mudahan air mata yang pernah gugur semasa di tanah haram hanyalah kerana Mu jua ya Allah.
Jabal Uhud ni mempunyai sejarahnya tersendiri. Jabal Uhud tempat pernah berlakunya peperangan Uhud. Jabal Uhud ni juga merupakan bukit yang dijanjikan syurga. InsyaAllah, mudah-mudahan berkat lawatan ni menjadi bukti di akhirat kelak bahawa kami pernah memijak tempat yang pernah membawa Islam ke suatu tahap yang lebih tinggi hingga hari ini kita semua dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Di atas bukit tersebut, ustaz menceritakan serba ringkas tentang peperangan Uhud ni. Entah saya ni tak fokus atau susah faham atau kurang dengar, maka cerita-cerita tersebut tak dapat dihadam. Kena membaca semula la ni :) Ustaz juga membacakan doa yang menyebabkan air mata kami jatuh lagi. Allah, mudah-mudahan air mata yang pernah gugur semasa di tanah haram hanyalah kerana Mu jua ya Allah.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Masjid Qiblatain. Siapa yang mempunyai wudhu', boleh singgah dan bersolat sunat. Tapi, kami turun sahaja tidak masuk ke dalam masjid.
Esoknya, 22 Januari 2014 merupakan hari terakhir kami di Madinah. Saya dan mak sangat risau dan bimbang sekiranya kami tak dapat memasuki Raudhah. Perasaan sangat teruja untuk melihat keadaan di Raudhah, masuk, berdoa dan solat di dalamnya. Maka, kami pun ke Masjid untuk ziarah wada' dan dengan harapan terakhir dapat memasuki Raudhah. Ya, masa sangat suntuk untuk kami. Sebelum zohor, kami mesti menyelesaikan semua beg yang akan di bawa ke Mekah. Kami pun berjalan ke Masjid Nabawi bersama beberapa orang mak cik. Semasa dalam perjalanan, Mak Cik Ah yang membawa kami boleh pula tersalah masuk jalan. Pusing-pusing akhirnya sampailah ke depan guard pertama. Kat sini, jemaah diasingkan ikut negeri. Indonesia dengan Malaysia. Lepas melalui saringan pertama. Masuklah kami ke kawasan berhampiran Raudhah. Allah, tiba-tiba mata saya terpandang sesuatu yang selama ini saya cari di Masjid Nabawi. Kubah Hijau! ya., di bawahnya ada jasad agung yang terlalu agung yang terlalu sempurna. Assalamualaikum ya Rasulullah SAW. Berkali-kali salam disampaikan. Air mata jatuh membasahi pipi. Terasa baginda terlalu hampir. Salam daripada sahabat-sahabat juga saya sampaikan. Dalam kesesakan orang, dan polis yang mengawasi tidak berapa perasan, kami pun meluru masuk ke dalam kawasan raudhah bersama mak cik Ah. Makcik-makcik lain yang ikut kami terlebih dahulu pulang sebab rasa tak boleh masuk. Kami pun masuk ke dalam. Belum sampai ke karpet hijau yang menandakan raudhah, kami bersolat sunat dahulu. Bimbang kalau-kalau tak berpeluang untuk masuk, solat di situ pun dah cukup kerana kawasan itu pun sudah terlalu hampir dengan raudhah.Terlalu ramai orang di kawasan tersebut. Kami meneruskan lagi perjalanan ke hadapan. Ditolak dan ditolak, akhirnya saya berdiri di atas karpet hijau. "Mak, karpet hijau" kata saya kepada mak kerana terasa sangat teruja. Alhamdulillah. Terlalu kalut di situ, sampai doa pun dah tak tersusun jadinya. Saya cuba ke hadapan untuk mencari ruangan untuk bersolat. Saya terlanggar pula makcik Arab sorang ni yang tengah solat atas kerusi, marah dia bukan main. Maaflah ye makcik, memang ruangan kat situ terlalu kecil saya terpaksa terlanggar mak cik.Nak je cakap macam tu.Huhu.. tapi dah terlanggar..Astaghfirullah. :( saya pun ditolak-tolak ke depan tak jauh dari mak dan mak cik ah. Ada sikit ruang untuk solat, saya pun solat sunat sambil duduk di situ. Alhamdulillah, walaupun sujud kurang sempurna, Allah beri juga peluang untuk sujud di raudhah. Selesai solat, saya berdiri dan mencari mak dan makcik ah. Kami pun keluar meninggalkan raudhah. Sebak sangat dalam hati Allah sahaja yang tahu. Moga Allah beri lagi saya dan mak peluang untuk jejak Raudhah dan ziarah makam Rasulullah SAW.
Selepas zohor dan makan, kami pun berangkat ke Mekah. Semua jemaah telah siap dengan berpakaian ihram untuk berniat Ihram di Bir Ali, tak berapa jauh dari Madinah.
No comments:
Post a Comment