ya Rabb..
terima kasih krn telah menjemputku menjadi tetamu di rumahMu,
tempat itu terlalu jauh buatku,
beribu batu,
tak tergambar bayangan mindaku semua doa menjadi nyata,
Kau yang Maha Pemurah memilihku di usia ini menjadi tetamu Mu,
Kau yang Maha Kaya memilih aku yg tiada apa ke sana,
terima kasih wahai Tuhanku..
ya Allah,
terimalah segala amalanku di bumi barakahMu,
mudah2an segalanya,
menghapus segala dosaku yg bak pepasir di pantai,
menjadi asbab aku meraih syurgaMu,
menjadikan aku insan yang lebih baik pada hayatku..
ya Allah, di saat ini aku terlalu rindukan bumi Madinah penuh cinta dan bumi Makkah yg penuh keberkatan,
air mata tak tertanggung menahan rindu ini,
pilihlah aku lg ke tempat itu,
tempat yang penuh keberkatan,
tempat yg Kau makbuli segala doa,
tempat yg menjanjikan pahala berlipat kali ganda,
tempat yg tenang,
tempat yg penuh kisah rasulMu,
hingga kini aku dpt merasai nikmatnya iman..
Allahu Rabbi..
aku merindui Haramain,
pilihlah aku dlm hayatku ini utk ke sana lagi,
aku mahu ke sana lagi dan lagi,
ya Allah..
jemputlah aku menjadi tetamu Mu..
No comments:
Post a Comment